Kalian tau tak kenapa aku cintakan dia...
1. Sebab dia adalah abang, kawan, teman, sahabat,kekasih dan musuh aku (cz selalu gaduh)....selalu bagi aku nasihat ketika aku dalam kebuntuan.....
2. Sebab dia jaga aku sebagaimana family aku jaga aku....Cara dia tanya khabar, cara dia ambil berat sama macam ma dan abah .
3. Selalu buat kejutan buat aku ....dia selalu buat aku geram, suka dan nak marah. nak tau kenapa..sebab aku selalu dikejutkan dengan macam2 kejutan oleh dia yang membuatkan aku rasa dihargai dan disayangi.
4. Dia yang buat aku tak pandai masak kini dah bolehler cikit2 masak....Macam2 makanan yang dia naak makan. tapi aku cakap aku tak tau tapi dia suruh jugak aku masak. walaupun masakan yang dia nak makan tu first tim aku masak, tapi aku tengok dia makan bertambah2.adakah aku masah sedap ataupun atau dia lapar ataupun dia nak jaga hati aku. aku sendiri tak tau. Yang pasti aku suka cara dia.
5. Dia selalu buat aku sentiasa sakit hati..kadang-kadang aku rasa geram, sedih,kecewa, marah, tertekan dengan sikap dia. Kitaorang selalu gaduh.. ada jer yang tak kena. Tapi tak pernah lama. sekejap jer kitaorang baik balik. Lepas gaduh aku rasa hubungan kami makin erat...
Itulah kisah cinta kami. Sebab itulah yang membuatkan aku sayang dia. Walaupun aku tau yang aku tak akan dapat memiliki dia dan andainya hubungan ini tak akan berakhir ke jinjang pelamin namun aku tak akan pernah menyesal mengenali dia.Dia banyak mengajar aku tentang kehidupan, ,kehidupan.ketabahan dan kekuatan....terima kasih sayang....
Saturday, 9 July 2011
Thursday, 16 June 2011
Gelagat Marsha
Masa balik kampung aritu, Abah yang ambil aku kt stesen bas. Cian abah, dari aku belajar dulu sampailer sekarang aku asyik susahkan abah jer...ambil dan hantar aku ke stesen bas. Namun abah tak pernah mengeluh..malah abah menyambutku dengan senyuman dan tak pernah lambat datang jemput aku. Bila pulang ke rumah, Ma tak ada kat umah. Pergi beli barang untuk stok kat kedai dia. Dan aktiviti rutin yang selalu aku buat bila masuk umah adalah terkam ke dapur..hehehe...tengok apa yang ada bawah saji. Wah...ada sate dan nasi impit...apa lagi...kita makan dulu!!!....Lamanya Ma nak sampai umah..rindu ler nak menatap wajah ma....Tiba-tiba terdengar bunyi enjin kereta...yeyeah...Ma dah balik....Alahai...cian Ma...bawak barang banyak...nasib baik driver texi tlg angkatkan..Dah habis melepaskan rindu pada Ma..aku cakap ngan teringin nak tengok baby Marsha...al maklumler, tak pernah jumpa lagi sejak dia lahir aritu...asyik dengar cerita kelucuannya kt dalam telefon jer. Apalagi Ma pun terus ler pi ambik dia kt umah pak cik aku, Bila dia sampai kat umah didukung oleh ma, aku terusler terkam budak kecik ni..eeeeee...dia sengih jer tengok aku.Bila aku hulur tangan dia terus nak ngan aku...cukernyer aku...aku ingatkan dia takut ngan aku..maklumler baru first time jumpa. Apalagi aku pun dukungler dia...main2 dengan Marsha sampaikan hilang penat semalaman dalam bas. Macam-macam aksi aku rakamkan....walaupun sukar nak ambik ambar dia tapi seronok tengok aksi dia....sebenarnya banyak lagi aksi-aksi menarik yg aku rakamkan..tapi dalam hp adik aku...xperler...aku postkan jer beberapa gambar yg sempat dirakamkan untuk tatapan....hmmmmm....Baby Marsha...K. Ijah windu BabyMonday, 6 June 2011
Balik Kampung
Hrmmmmmm....hari jumaat ni nak balik kampung...bestnyer...lama tak balik. Adaler dalam 5 bulan gitu...merajukkah aku?...entahler....terukkan aku...bukannya tak nak balik, tapi bila plan nak balik..ada jer masalah.Biasaler tu alasan sentiasa adakan...hehehehehe.....Teringat kak Ma...Abah...Ayah...Mek....Adik2...sepupu-sepupuku....makcik pakcikku....dan juga orang2 kg (depa ingt ker kt aku)....apapun aku sayang semua orang. tapi balik kali ni tak dapat jumpa adik lelaki bonsu aku tu...cz minggu lepas dia dah balik...anyway...moga raya nanti kita jumpa k.
harap2 kali ni aku balik tak ada ler apa-apa masalah.kadang2 bosan gak ngan macam2 persoalan dari org yg jumpa aku tu. harap mereka faham...walaupun aku tau my family cukup faham tapi aku juga sedar yang mereka juga inginkan yang terbaik untuk aku...impian mereka sebenarnya nak tengok aku bahagia amat aku hargai...tapi aku juga manusia biasa..ketentuan semuanya dari Allah.
Aku rindukan family aku dan dalam masa yang sama aku juga tak sanggup melihat wajah mereka yang terlalu mengharapkan sesuatu dari aku. Maafkan aku.
harap2 kali ni aku balik tak ada ler apa-apa masalah.kadang2 bosan gak ngan macam2 persoalan dari org yg jumpa aku tu. harap mereka faham...walaupun aku tau my family cukup faham tapi aku juga sedar yang mereka juga inginkan yang terbaik untuk aku...impian mereka sebenarnya nak tengok aku bahagia amat aku hargai...tapi aku juga manusia biasa..ketentuan semuanya dari Allah.
Aku rindukan family aku dan dalam masa yang sama aku juga tak sanggup melihat wajah mereka yang terlalu mengharapkan sesuatu dari aku. Maafkan aku.
Saturday, 4 June 2011
Friday, 27 May 2011
x boleh sign in
huhuhuhuhu...aku x tau naper xx ler nak sign in aku punya blog. ...hehehehe....rindu sangat kt blog.boring bila x boleh update sesuatu kt blog.......x tau ler pasni blh sign in ker tak...eee
Monday, 23 May 2011
pudarnya cinta kita
kenapa mesti berubah...
kenapa mesti pudarnya cinta itu
sedangkan kita telah menyulam bait-bait
cinta itu terlalu lama....
Terlalu banyak kenangan..
terlalu banyak suka duka kita lalui bersama
tetapi kini kau nyatakan yang
cinta dalam dirimu makin pudar....
Salahkah aku selama ini...
andainya aku bersalah
andainya aku kurang memberikan kebahagiaan padamu
tetapi aku sering memperbaiki diri
untuk sesempurna mungkin
agar kau bahagia denganku....
telah aku korbankan masa
telah aku korban hati dan perasaan ini
dengan semua fitnah yang dilemparkan
hanya ingin menjaga hubungan kita...
Namun,
betapa pedihnya hati bila kau menyatakan
yang cinta telah pudar
dalam dirimu...
Andainya kau ingin pergi dalam hidpku...
aku relakan...
Pergilah..
Buangkan semua kenangan kita bersama
kerana itu semua tidak pernah beerti untukmu
Lupakan aku...
Anggaplah aku tak pernah wuud dalam hidupmu...
kenapa mesti pudarnya cinta itu
sedangkan kita telah menyulam bait-bait
cinta itu terlalu lama....
Terlalu banyak kenangan..
terlalu banyak suka duka kita lalui bersama
tetapi kini kau nyatakan yang
cinta dalam dirimu makin pudar....
Salahkah aku selama ini...
andainya aku bersalah
andainya aku kurang memberikan kebahagiaan padamu
tetapi aku sering memperbaiki diri
untuk sesempurna mungkin
agar kau bahagia denganku....
telah aku korbankan masa
telah aku korban hati dan perasaan ini
dengan semua fitnah yang dilemparkan
hanya ingin menjaga hubungan kita...
Namun,
betapa pedihnya hati bila kau menyatakan
yang cinta telah pudar
dalam dirimu...
Andainya kau ingin pergi dalam hidpku...
aku relakan...
Pergilah..
Buangkan semua kenangan kita bersama
kerana itu semua tidak pernah beerti untukmu
Lupakan aku...
Anggaplah aku tak pernah wuud dalam hidupmu...
Sunday, 22 May 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)













