Tuesday 18 October 2011

Salam Sayang buat Semua..

Apa khabar? lama tak update blog ni.eeee....entahler..sejak ladtop aku hilang aritu sampailer sekarang aku dah tak boleh online kat rumah lagi. Terasa amat kehilangan.Ladtop aku tu ibarat macam kawan baik aku. Temani aku di setiap malam. Tapi bila dah tak ada...rasa sunyi sangat ...betul ler kata orang...sesuatu tu bila ada depan mata kita tak pernah nak menghargainya. tapi bila dah hilang....baru terasa seperti begitu penting...
tapi tak apa ler...nak buat camner dah tak ada rezeki.Apapun terima kasih kepada someone kerana sudi pinjamkan notebook...boleh ler aku online.....Jangan mare....eeee....

Saturday 9 July 2011

Kenapa Aku Suka Dia

Kalian tau tak kenapa aku cintakan dia...
 1. Sebab dia adalah abang, kawan, teman, sahabat,kekasih dan musuh aku (cz selalu gaduh)....selalu bagi aku nasihat ketika aku dalam kebuntuan.....
2. Sebab dia jaga aku sebagaimana family aku jaga aku....Cara dia tanya khabar, cara dia ambil berat sama macam ma dan abah .
3. Selalu buat kejutan buat aku ....dia selalu buat aku geram, suka dan nak marah. nak tau kenapa..sebab aku selalu dikejutkan dengan macam2 kejutan oleh dia yang membuatkan aku rasa dihargai dan disayangi.
4. Dia yang buat aku tak pandai masak kini dah bolehler cikit2 masak....Macam2 makanan yang dia naak makan. tapi aku cakap aku tak tau tapi dia suruh jugak aku masak. walaupun masakan yang dia nak makan tu first tim aku masak, tapi aku tengok dia makan bertambah2.adakah aku masah sedap ataupun atau dia lapar ataupun dia nak jaga hati aku. aku sendiri tak tau. Yang pasti aku suka cara dia.
5. Dia selalu buat aku sentiasa sakit hati..kadang-kadang aku rasa geram, sedih,kecewa, marah, tertekan dengan sikap dia. Kitaorang selalu gaduh.. ada jer yang tak kena. Tapi tak pernah lama. sekejap jer kitaorang baik balik. Lepas gaduh aku rasa hubungan kami makin erat...
Itulah kisah cinta kami. Sebab itulah yang membuatkan aku sayang dia. Walaupun aku tau yang aku tak akan dapat memiliki dia dan andainya hubungan ini tak akan berakhir ke jinjang pelamin  namun aku tak akan pernah menyesal mengenali dia.Dia banyak mengajar aku tentang kehidupan, ,kehidupan.ketabahan dan kekuatan....terima kasih sayang....

Thursday 16 June 2011

Gelagat Marsha

Masa balik kampung aritu, Abah yang ambil aku kt stesen bas. Cian abah, dari aku belajar dulu sampailer sekarang aku asyik susahkan abah jer...ambil dan hantar aku ke stesen bas. Namun abah tak pernah mengeluh..malah abah menyambutku dengan senyuman dan tak pernah lambat datang jemput aku. Bila pulang ke rumah, Ma tak ada kat umah. Pergi beli barang untuk stok kat kedai dia. Dan aktiviti rutin yang selalu aku buat bila masuk umah adalah terkam ke dapur..hehehe...tengok apa yang ada bawah saji. Wah...ada sate dan nasi impit...apa lagi...kita makan dulu!!!....Lamanya Ma nak sampai umah..rindu ler nak menatap wajah ma....Tiba-tiba terdengar bunyi enjin kereta...yeyeah...Ma dah balik....Alahai...cian Ma...bawak barang banyak...nasib baik driver texi tlg angkatkan..Dah habis melepaskan rindu pada Ma..aku cakap ngan  teringin nak tengok baby Marsha...al maklumler, tak pernah jumpa lagi sejak dia lahir aritu...asyik  dengar cerita kelucuannya kt dalam telefon jer. Apalagi Ma pun terus ler pi ambik dia kt umah pak cik aku, Bila dia sampai  kat umah didukung oleh ma, aku terusler terkam budak kecik ni..eeeeee...dia sengih jer tengok aku.Bila aku hulur tangan dia terus nak ngan aku...cukernyer aku...aku ingatkan dia takut ngan aku..maklumler baru first time jumpa. Apalagi aku pun dukungler dia...main2 dengan Marsha sampaikan hilang penat semalaman dalam bas. Macam-macam aksi aku rakamkan....walaupun sukar nak ambik ambar dia tapi seronok tengok aksi dia....sebenarnya banyak lagi aksi-aksi menarik yg aku rakamkan..tapi dalam hp adik aku...xperler...aku postkan jer beberapa gambar yg sempat dirakamkan untuk tatapan....hmmmmm....Baby Marsha...K. Ijah windu Baby


Monday 6 June 2011

Balik Kampung

Hrmmmmmm....hari jumaat ni nak balik kampung...bestnyer...lama tak balik. Adaler dalam 5 bulan gitu...merajukkah aku?...entahler....terukkan aku...bukannya tak nak balik, tapi bila plan nak balik..ada jer masalah.Biasaler tu alasan sentiasa adakan...hehehehehe.....Teringat kak Ma...Abah...Ayah...Mek....Adik2...sepupu-sepupuku....makcik pakcikku....dan juga orang2 kg (depa ingt ker kt aku)....apapun aku sayang semua orang. tapi balik kali ni tak dapat jumpa adik lelaki bonsu aku tu...cz minggu lepas dia dah balik...anyway...moga raya nanti kita jumpa k.
harap2 kali ni aku balik tak ada ler apa-apa masalah.kadang2 bosan gak ngan macam2 persoalan dari org yg jumpa aku tu. harap mereka faham...walaupun aku tau my family cukup faham tapi aku juga sedar yang mereka juga inginkan yang terbaik untuk aku...impian mereka sebenarnya nak tengok aku bahagia amat aku hargai...tapi aku juga manusia biasa..ketentuan semuanya dari Allah.
Aku rindukan family aku dan dalam masa yang sama aku juga tak sanggup melihat wajah mereka yang terlalu mengharapkan sesuatu dari aku. Maafkan aku.

Saturday 4 June 2011

Friday 27 May 2011

x boleh sign in

huhuhuhuhu...aku x tau naper xx ler nak sign in aku punya blog. ...hehehehe....rindu sangat kt blog.boring bila x boleh update sesuatu kt blog.......x tau ler pasni blh sign in ker tak...eee

Monday 23 May 2011

pudarnya cinta kita

kenapa mesti berubah...
kenapa mesti pudarnya cinta itu
sedangkan kita telah menyulam bait-bait
cinta itu terlalu lama....

Terlalu banyak kenangan..
terlalu banyak suka duka kita lalui bersama
tetapi kini kau nyatakan yang
cinta dalam dirimu makin pudar....

Salahkah aku selama ini...
andainya aku bersalah
andainya aku kurang memberikan kebahagiaan padamu
tetapi aku sering memperbaiki diri
untuk sesempurna mungkin
agar kau bahagia denganku....

telah aku korbankan masa
telah aku korban hati dan perasaan ini
dengan semua fitnah yang dilemparkan
hanya ingin menjaga hubungan kita...

Namun,
betapa pedihnya hati bila kau menyatakan
yang cinta telah pudar
dalam dirimu...

Andainya kau ingin pergi dalam hidpku...
aku relakan...
Pergilah..
Buangkan semua kenangan kita bersama
kerana itu semua tidak pernah beerti untukmu
Lupakan aku...
Anggaplah aku tak pernah wuud dalam hidupmu...

Sunday 22 May 2011

Friday 20 May 2011

updating....

mohon maaf kpd semua pengunjung blog kesayanganku ini...blog ini tengah di update...harap maklum..tq

Doa Istikharah

YA ALLAH... .
Seandainya telah kau ciptakan dia untuk ku
Satukanlah hatinya dan hatiku
Titipkanlah kebahagian diantara kami
Agar kemesraan itu abadi..

YA ALLAH YA TUHANKU YANG MAHA MENGASIHANI
Seiringkalah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami..
Tetapi YA ALLAH...
Seandainya engkau telah takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

YA ALLAH YA TUHANKU YANG MAHA MENGERTI
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar aku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya
YA ALLAH yang tercinta
Peliharalah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya dengan apa yang ENGKAU takdirkan
Adalah yang terbaik untuk ku
Sesungguhnya ENGKAU maha mengetahui
Segala yang terbaik untuk hamba mu ini...
Dan sekiranya aku menemui seseorang yang baru
Di dalam hidupku
KAU semaikanlah rasa kasih sayang dan cintaku
Yang penuh ikhlas kepada dirinya...
Agar diriku dan dirinya memahami antara satu sama lain
Dan terbinalah ikatan yang lebih suci dan murni...

YA ALLAH...
Cukuplah ENGKAU sahaja yang menjadi pemeliharaan ku
Di dunia dan di akhirat
Dan peliharalah aku dari azab api neraka

AMIN..YARABBAL' ALAMIN.

Sunday 15 May 2011

Selamat Hari Guru


Kepada semua cikgu kat Dunia ni aku nak ucapkan Selamat Hari Guru....expecially aku punya cikgu...yg pernah mengajarku dulu...terima kasih banyak2....Dulu cita-cita aku pun nak jadi cikgu..tapi nampak gayanya x ada rezeki..hehehehe...x apalah...jadi apapun aku sekarang itu x pengting..yang pengtin kerana jasamu lah aku mampu menjejakkan kaki ke menara gading....tq so much...

sinetron kesukaanku....bbc & sejuta cinta marshanda

DIEMAS SUBERTI

Baim Wong yg hensem...sesuai ngan marshanda......


Saturday 14 May 2011

Biarkan Aku Pergi...

Biarkan aku pergi dari hidupmu...jangan dikesali ...jangan kau salah sangka dengan pemergianku ini,bukan untuk mengkhianati cinta kita...bukan juga untuk mengubah haluan pada insan lain...tetapi pemergianku ini untuk membahagiakanmu...jangan ditangisi...jangan dikesali...kerana pemergianku akan membahagiakan dirimu dan juga mereka...insan yang kau sayang.
terlalu lama bersama...banyak suka duka kita harungi bersama.sehingga aku merasakan yang aku tidak mampu untuk meneruskan kehidupan ini tanpa dirimu.tapi aku harus sedar yang dirimu bukan milikku.dan disebabkan itulah aku terpaksa melepaskan dirimu pergi...semoga pengorbanan ini akan membahagiakanmu...
jangan kau tanya kemana aku akan pergi...jangan kau kesali dengan hubungan ini...lupakan sajaku kerana aku tahu melupakan aku adalah sesuatu yan mudah untuk kau lakukan....jangan salahkan aku....kerana sayangkan kau..kerana cintakan kaulah aku korbankan perasaan ini.......maafkan aku sayang....semoga kau bahagia....

Wednesday 11 May 2011

JANGAN........

Jangan mengucapkan kata-kata indah dan manis kepadaku kerana aku takut akan menyayangimu...jangan mengambil berat tentang diriku kerana aku bimbang akan mengasihimu...jangan terlalu baik padaku kerana aku takut akan merinduimu......jangan berikan aku kenangan @ harapan kerana aku khuatir akan jatuh cinta padamu...jangan menghargai pertemuan ini kerana aku tidak mahu menderita kehilanganmu lantaran perpisahan ini.........

Monday 9 May 2011

makan-makan

makan2 kt opis..thanks to Perma cz sudi belikan crispy crepe ini dan mengambil gambarku...hehehehee

Lauk-pauk

lauk tengahari ni...kerisi goreng bersos...hmmmmm....blh ler.....

Sunday 8 May 2011

Abah

inilah abahku...lelaki yg paling aku syg kt dunia ini....hensemkan...heehehehhe

Selamat Hari Ibu

Hari ini Adalah hari ibu...hari yg paling bermakna bagi seorang ibu.....Buat ibu tersayang.Terima kasih kerana telah menjadikan aku seorang insan yang paling bahagia kerana menjadi anakmu....walaupun aku tidak dapat membahagiakan dirimu sebagaiman kau bahagiakan aku, namu jauh disudut hatiku...aku amat menyayangimu...dan ingin buat apa sahaja agar kau bahagia...tapi apakan daya...aku hanya manusia biasa...tidak mampu melawan takdir.....terima kasih ibu kerana sentiasa memahami aku.walaupun ada sesuatu perkara yang kau sendiri tidak bersetuju...namun demi anakmu ini kau korbankan perasaanmu...hanya untuk melihat aku bahagia...tapi ku tak mampu mencapai semua kebahagiaan ....tapi percayalah aku akan sentiasa menyayangimu....

MaSaK2

kek batik
kek masam manis

Thursday 21 April 2011

sweet moment wif my mum

iNiLa MaK AkU....oRg Yg PalInG AKu SaYaNg.....SEnTiAsA MeMahAmI AkU...Ma AdAlAh KebAhGiaaNkU

EvErY ThiNg AbouT VantAgE

comel punyer rak......


tringin giler....


ku bahagia

Buat teman2 tersayang...I LOVE U all. selalu teringat kenangan bersama....harap lepas ni kita dapat berkumpul bersama lagi...........

Wednesday 20 April 2011

welcome

x tau macamana nak mulakan blog ni...baru belajar....tapi cam seronok jer....try jer la godeh2....mesti jadi